25 November 2015 - 23:43
Seorang lagi warga Iraq disembelih pengganas IS

Kumpulan pengganas IS memaklumkan pembunuhan seorang lelaki di Timur Iraq

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengganas IS (Negara Islam) bertindak menyembelih seorang lelaki di Diyala, Timur Iraq dalam satu lagi siri keganasan kumpulan terbabit.

Tanpa mengemukakan sebarang bukti, pengganas tersebut mengumumkan lelaki itu telah menjadi pengintip dan membekalkan maklumat kepada pihak luar.

Seluruh kota Diyala sekarang ini berada dalam kawalan relawan rakyat Iraq, namun kadang kala pengganas menyusup masuk ke dalam kota ini dengan melancarkan jenayah kejam.

...............